Powered By Blogger

Saturday, December 31, 2011

New year, New Achievement, New Spirit

Alhamdulillah, bertemu dgn tahun 2012..Tahun 2011 dah melabuhkan tirainya...moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun lalu,penuh dengan kebaikan..

Tegasnya, kita sama-sama perlu brdoa agar mendapat keberkatan usia, bukannya panjang usia..sebab kalau panjang usia pun, belum tentu dapat keberkatan..boleh jadi kita jadi nyanyuk kan?

Sambutan tahun baru korang camne?Kalau tengok kat Malaysia ni macam-macam sambutan tahun baru, tak salah sambut, tapi jangan sambut dengan kemaksiatan..kita sama-sama sambut dengan kesyukuran dan doa..

Baru-baru ni Ustaz Azhar Idrus & Zizan buat sambutan tahun baru kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam..happening gak. Let's enjoy the video..



Hmm..sebenarnya, sambutan tahun baru sepatutnya hari-hari dibuat, dengan mensyukuri segala nikmat usia yang Allah bagi kat kita. Bak kata Tuan guru Nik Aziz, bila celik mata waktu pagi, kita melafaz kalimah alhamdulillah tanda kesyukuran pada Allah. Bacaan kat dalam ma'thurat pun ada. Maksudnya:

"Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan kesedaran bahawa Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selainNya dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.."


Alhamdulillah, thanks God for give me oppurtinity to life by ..:)

Sunday, December 25, 2011

5th Annual Dinner 2011

As salam and hello to all readers..sorry for all inconvenient..and sorry for left this blog. Blog ni dah jadi 'bersawang' sebab dah lama sangat tak di update.
But I'm still trying to spend my time typing and updating this blog.

somewhere over the rainbow..at Vistana hotel

Hmm..alhamdulillah, dengan izinNya, dinner kami berjalan dengan lancar gak 18 Dis lalu..Walaupun banyak cabaran & keperitan, tpi berjaya gak kami handle event ni dengan baik. Thanks for parents, lectures, friends and seniors for all your support. Thanks to all company for some awesome gifts (money, hampers, and stuff).
Alhamdulillah, banyak gak dapat sponsor. Terima kasih tak terhingga kepada Cik Nor Addina Razif sebab sama-sama berhempas pulas cari sponsor ni. Sampai kena marah pn ada. Hmm, at least something is better than nothing right?we'd tried..

THANKS FOR OUR SPONSOR :




others: Persatuan Pekerja Islam PPUM, keluarga Cik Amaliana Laila bt Nasril, Pn Siam bt Hasan.

Special thanks to the special guest because he managed to attend the dinner..Nor Zulfikri Yahaya. :)

(Others include Khairol Othman, Bryan, and Ariff)

God bless all of you.





Monday, November 21, 2011

Sponsor/sumbangan dinner

As salam and hello to all readers...do you have any idea how to get sponsor from any source????
sesiapa boleh beritahu tak bagaimana nak dapatkan sumbangan dari mana2 syarikat? i need your help..

Saturday, November 19, 2011

tahniah fakri..thniah harimau malaya!

sukar nak dipercayai Malaysia berjaya dalam perlawanan bola sepak vs Myanmar. Ini bermakna, Malaysia berjaya mara ke final.gud luck Harimau Malaya!


sukar nak percaya jg, tah bila tah tiba2 sy berminat dengan bola ni. Bukan apa, nak tahu jugak perkembangan bola ni kan..rasa macam katak bawah tempurung je selama ni...huhuhu..

lagi meriah bila tengok kat rumah dengan adik beradik lelaki & ibu yang memang semangat dengan bola ni...
for my sis, Arina, bg Anas kata akk anti bola, btulke?kalau camtu, jomla belajar2 tengok bola..saje isi masa lapang..hehe..:)

Monday, November 14, 2011

Never give up..keep move forward

bismillahitawakkaltu a'allah...
all reader.. I would like to ask: "pray for my best performance on my final exam...:)"

  



Sunday, October 23, 2011

syafakallah..

entry ni ditujukan khas buat Mohammad Hafiz bin Ithnin. walaupun tahu tak baca blog ni..haha...
moga cepat sembuh & gud luck on yr final exam k..:)

wish you all the best..


Monday, September 26, 2011

cahaya hafiz & hafizah



Barakallahulakuma wabaraka ala kuma wa jama'a bainakuma fi khair...
 tahniah buat saudari sepupuku Siti Sarah bt Amran dan Syed Ahmad Israa' atas berlangsungnya walimah kalian..
moga dengan cahaya hafazan kalian juga berjaya melahirkan generasi yang bijak pandai agama satu hari nanti.
Memang terharu bila tengok pengantin perempuan dan ayahnya berpelukan
and bila doa dilafazkan.

"wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami sebaik-baik pasangan dan zuriat yang soleh atau solehah, sebagai penyejuk mata kami, moga kami sentiasa dalam rahmat dan keredhaanMu.."

Flash flood manusia di KTM dari KL central ke Seremban betul-betul menyesakkan..
almost faint on the train
thanks banyak2 kat Kak Rina, sebab banyak tolong time tu..
tak tau knp, tak tahan sangat dek kerana hypoventilation.
lain kali kita pakai kereta sendiri jela balik Seremban,ye kak?

kata kakak: "patutnya orang yang macamni la yg patut kerajaan bantu."
me: "kenapa kak?"
kakak: " yela, kahwin masa belajar, usia muda lagi, sebab tu zaman khulafa Ar-Rashidin peruntukkan sejumlah wang bagi membantu golongan muda yang ingin bernikah, of course menggalakkan pernikahan dan mengurangkan maksiat."
me: hmm..u're right."that's why ramai hanya mampu bercouple, tapi kurang berkahwin, alasannya, takde kemampuan lagi."

Blog ni bukan semata nak suruh anda compare keadaan ni dengan kerajaan kita, the main point is nak share pengalaman..


.....

yesterday, mom said on phone:

- the whole family kena diarrhea lepas dari majlis tu, they also trapped on jammed coz of an accident. mungkin banyak benda yang tak elok diuji pada kami, sejauh mana keikhlasan kami penuhi undangan..


Sunday, September 11, 2011

Special things about Danbo anime-must read


As salam and hello to all readers...
I want to share something with you guys.
time by time...i'm became addicted to

................


......

....

DANBO! ^^

kawan-kawan tau x Danbo ni ape?
toys ni berbentuk empat segi kotak dan sangat unik.
Anime ni dapat menggambarkan sifat dan keadaan diri seseorang,
tak kisah la samada sedih atau gembira dan macam-macam lagi.
and kebetulan toys ni cute, so that's why I like it..



credit to google + picnic.com
manage to edit it ^^

credit to google

What's so unique about Danbo?
This anime comes from Japan. It is made from cardboard. The idea comes from Azuma Kiyohiko, a comic writer whom created this character in the Yotsuba comic. Many photographer attracted to make it as object in their photos due to the unique expression of the anime. ^^
 You can klik HERE for more info.

Normally kalau ikut harga pasaran, satu kotak robot ni dijual dengan harga mencecah sehingga RM 180. Namun, Danbo boleh didapati dengan hanya RM3.60. Harga yang murah ni sesuai untuk orang yang rajin buat papercraft.^^ Sila klik SINI

kalau nak buat engsel kepala, boleh klik SINI.

 I also managed to draw some Danbo..:)
how?cam senget je ni,hu3..



besides that, I also made some quiling. This is my first hand made quiling:
2 ducks in love

flower quiling and Danbo robot

so how's my work? It is simple. You can make it on your own. you just need some papers and roll it. Make any shape on your desire..^^





Saturday, September 3, 2011

short time

its just a short holiday since that day.,
gonna return to KL tomorrow..hmm..
don't have oppurtunity to meet them..friends, forgive me..pray for me for the coming mid term exam next week..
still appreciate all the family members..the bonds'll never fade away...insya Allah

dad's family..


Wednesday, August 24, 2011

surprise Ramadhan..

entry ni dutujukan khas buat Pn Anita bt Kamaruddin..
guru tersayang..
tahniah diucapkan atas kejayaan melahirkan 2nd baby yang sgt cute..
alhamdulillah, selamat jua akhirnya..
moga sihat-sihat selalu disamping rahmatnya...

lepas kelas, kami pakat ramai-ramai serbu antenatal ward in ppum...
hehe...main redah je satu kelas, padahal tak sure bangunan mana,
anyway tahniah kat Hidayana Mahfodz as our assistant class rap sbb brjaye cari jalan,...:)

the cute place for delivery..


and...this is the result!

a cute baby girl
her name is still in the plan..hmm how nice if "Al-Ramadhani" is put in the last of the name right?..:)



Friday, August 12, 2011

tragedi Ramadhan

As salam readers & salam satu Malaysia...
alhamdulillah cuti minggu ni dapat berpuasa & pulang ke rumah
setelah sebulan lebih x balik..
nak story kat sini..

waktu jam bergerak pada pukul 6 ptg,
maka dengan excitednya brsama seorang kawan ktrg pn naik la bas ekspres ###
kejadian berlaku pada hari Jumaat, 12 Ogos 2011 brsamaan dengan 12 ramadhan 1432 H..
Alhamdulillah prjalanan lancar. Walaupun hujan lebat & orang terlalu ramai naik KTM, tapi Allah seolah-olah
memberi kelapangan. Tergerak jgk kat hati kenapa hari ni terlalu mudah urusan?
rupa-rupanya diberi ujian yang lebih berat kat dalam bas.

kat sit depan (couple sit) ada couple duduk kat situ. Fine, x kisah la kan? tapi...
Masya Allah, sakit hati bila tengok perbuatan sumbang mereka. Please lah, hormati bulan Ramadhan.
orang lain pun puasa jugak, kalau nak buat sangat, pergila jauh2. tak payah nak menyakiti mata orang dgn perbuatan macam tu. Kebetulan lampu suram-suram dalam bas, apa lagi, semangkin ligat la.

gambar contoh keadaan yang gelap di dalam bas


Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya hati time tu. Tak pasal-pasal dapat dosa free dari mata yang melihat. Duduk depan mata lak tu. Dah bukak bacaan yasin pun masih tak sedar-sedar jugak. Buntu bila memikirkan apa yang harus dilakukan lagi. Takkan nak biar je kan? masing-masing masih muda & ikut tanggapan belum berkahwin lagi. Sbb kebetulan depan mereka ada couple yg isteri tengah pregnant. Sopan je..tak pun buat benda tak senonoh.

maksudnya : dari Abi Said Alkhudri meriwayatkan : "aku mendengar Rasulullah SAW berkata,
barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, jika
tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu, maka cegahlah dengan hati,
dan itu merupakan selemah-lemah iman."

Perjalanan selama 4 jam setengah begitu memualkan. Perut yang kosong (sebab hanya minum air time maghrib) menyebabkan sakit kepala. Sampai kena marah dengan ayah sebab tak makan something time buka. Tak selerala ayah, nak beli makanan kat hentian tu. Tambah-tambah lagi bila melihat kejadian sebegitu.

kepada yang berkenaan, moga Allah membuka pintu taubat kepada kalian.
pihak penguasa harus bertindak tegas terhadap kejadian ni. takkan nak jadikan bas ekspress sbg sarang maksiat??

Sunday, July 31, 2011

i'm a 'musafir' and keep on journey as 'musafir'

As salam readers and selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia kpd umat Islam seluruh dunia.
Alhamdulillah, permulaan menyambut Ramadhan tahun ni sgt meriah & penuh barakah. 2 orang sepupu selamat melangsungkan pertunangan dgn pilihan hati mereka, kepada Amira & Siti Sarah Amran, tahniah diucapkan. Moga jodoh dipanjangkan sehingga diijabqabulkan, insy.Allah..






Kuala Lumpur----Seremban----Kuantan----Kuala Lumpur


8 jam perjalanan ke Kuantan dari Seremban betul2 melelahkan. Niat nak balik rumah sambut Ramadhan kat rumah, tapi manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Still tak dapat sambut 1st Ramadhan dengan family.. friday,saturday and sunday just on journey...:( 


anyway, let's grab the oppurtunity to make this Ramadhan better from the past, the link below show us some check list for Ramadhan


http://islamicthinking.tumblr.com/post/8059951585/a-checklist-for-ramadan

let's read this dua:
got this from my cousin..

O you who believe, fasting is decreed for you, as it was decreed for those before you, that you may attain salvation. (Quran, 2:183)






Friday, July 22, 2011

wordless day

kesibukan menyiapkan report, assignment dan kuiz sekaligus mematikan hasrat blogging.
hilang masa yang banyak sama hilang dengan idea untuk update..
there's no even an idea to type

demam+batuk+selesema+sakit kepala+assignment yg berlambak+kuiz.....

all of them make me worse............................:(

but then alhamdulillah recently I get better..It is HE whom give me health and strength..

thanks Allah..

" maka yang manakah nikmat TuhanMu yang kamu dustakan?.."

                                                                QS  ( Ar Rahman : 13 )

thanks to all my friend..u give me spirit to study well..gud luck always..:)

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan dan matahari

Gerhana bulan adalah satu waktu yang sangat baik untuk bermuhasabah diri dan membersihkan jiwa dari segala dosa dan kemaksiatan.

Peristiwa gerhana bulan pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Ini merupakan salah satu petanda kekuasaan Allah.

Begitu juga dengan gerhana matahari.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik sini

Menurut sumber, gerhana bulan diramalkan berlaku pada malam ini. Klik sini


PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
1Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
  "    الص ـل ة ج امـ ع ة   "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
ا ص ل&ى س ن ة خ س و ف ا لق م ر ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه
ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا ص ل&ى س ن ة ك س و ف الش م س ر ك ـع ت ي ن
مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).
Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
HMS/sj…SolatGerhanaBulan-C2000

Tuesday, June 14, 2011

outstanding view..will we?

As salam and hello to all readers.
Thanks to God for giving an opportunity to wrote here.

The chance I have, for this moment makes me realized the real life today.
being passive makes someone angry
being quiet makes someone feel difference, or else annoying people..
although we never meant it.


just now, we are just student who do not know many things
and always feeling awkward be in the laboratory

when my friend ask, "sis, what are you doing?"did you do PAS stain?"
it's really make us guilty when she answer, "do PAS stain has any procedure of heating something??"
answer,"no".
she ask,"then, why you said it is the PAS stain??"

..............................

later, she ask,"why you go there to observe IP? you do not suppose to learn that, you only suppose to learn special stain!.."

we just observe the IP procedure since we are here, then why she scolded us?
I don't know what kind of behavior she has..

she said, "we do not really want to teach you unless you ask us, be outstanding in this lab, ask us, do work, do not just only see.."

the supervisor is very,very,very kind to us. Then why you treat us like this?
hmm..being so stress because of her, we just say "ok, yes, thank you sis"...='(

moral: behave ourselves, show interest in working although you do not interested with. Thanks for reading this entry.

Monday, June 6, 2011

Isu blog Adinda..tak habis lagi?

As salam and hello to all readers,
I bet all of you already knew the Adinda’s issue recently. Since last week, many bloggers read her blog. It is the bravest thing, when she admitted she already done a sexual intercourse in the age of 14 in her blog. What a big ‘joke’???
petikan Harian Metro,4 Jun 2011

Sebenarnya, ramai lagi gadis di luar sana yang sudah hilang kehormatan mereka sejak di bangku sekolah. Ada yang sejak berumur 10 tahun lagi. Namun, apabila seseorang berani mengaku hilang dara terang-terangan, ni jelas mengejutkan. Yes, make us shock.

 Rasa terpanggil untuk kaji dan kupas sedikit mengenai hal ini. Sebahagian sumber mengatakan 60 % gadis hilang dara menjelang usia 18 tahun. klik sini.

As for me, sama-sama kita cuba kurangkan kutukan dan celaan, kita ganti dengan muhasabah dan cuba ambil iktibar dari peristiwa ni.

Gadis melayu.Islam.Bangga dengan dara yang dah hilang. Fine. Let’s back to the  basic. Apa yang dapat saya simpulkan adalah:

1. Kalau faktor, korang semua boleh nilai sendiri kenapa gadis kita jadi begini. The most important is kurang mengamalkan ajaran Islam yang dipelajari, memang tipula kalau gadis ni tak tahu hukum agama. Betul tak.


2. Tidak mengamalkan hukum hudud.
 Hukum hudud dianggap ketinggalan zaman dan radikal bila nak diamalkan. So? Of course orang tak takut berzina. Terang dan nyata dalam Al Quran.

“penzina perempuan dan penzina lelaki, hukumlah mereka masing-masing dengan 100 kali sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kepada mereka keduanya mencegah kamu daripada (menjalankan) hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang beriman.”
                                                                                                                        (Surah An-Nur  24:1)


3. Negara kita semakin perlukan ramai para penyeru atau dai’e untuk kembalikan masyarakat pada fitrah. Ini dijelaskan di dalam Al Quran Surah An-Nur :

“ dan hendaklah ada sebahagian dari kamu yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung”
                                                                                                                        (Surah Ali Imran 3:104)


4. Bukti semakin hampirnya hari kiamat.
 Apabila kemaksiatan berani dilakukan secara terang-terangan.  You can refer to the hadith or this link.

credit to google-gambaran hari kiamat

5. Harus memperbanyakkan doa 
semua digalakkan memperbanyakkan doa agar dijauhi dari sebarang bala bencana akibat dosa yang dilakukan manusia. Bencana adalah sebahagian peringatan Allah yang datang tak mengira samada kepada orang muda atau tua. 

Semua orang ada tanggapan tersendiri mengenai hal ni. Terserah kepada individu itu sendiri macamana nak menilainya. Thank you so much for reading this entry.

Sunday, May 29, 2011

Nur Kasih the movie

As salam readers,
today I want to share about this new movie in cinema.
dah tengok ke belum cerita ni?
bagi yg belum, anda digalakkan menonton cerita ni
cerita ni merupakan pelengkap kepada cerita Nur Kasih di televisyen.


mungkin bagi sesetengah orang cerita ni hanya sesuai untuk orang yang emo. Hakikatnya, bukan camtu. Apa yang penting yang ditekankan dalam filem ni adalah pengorbanan seseorang. Sejauh mana kita dapat berkorban untuk agama, suami or isteri and family.

Setiap pelakon dapat membawakan watak yang dimainkan dengan baik. Banyak babak yang menyayat hati.

Apa yang membuat filem ni superp?

1. Citer ni tak macam drama Melayu lain. Scene sawah padi, penggambaran di Jordan memang cantik.

2. Penggambaran di Timur tengah (Jordan).

3. Jalan cerita yang menarik. Banyak babak yang suspen n setiap babak dapat digarap dengan baik.

4. Intro yang lain dari yang lain. Teknik imbas kembali. Berlaku satu letupan dahsyat. Menambah ingin tahu dalam diri penonton.

5. Mesej dakwah sampai kepada penonton.

dan... Apa yang paling menyentuh hati saya dalam filem ni adalah tatkala Adam (Remy Ishak) terlantar sakit di hospital. Dia didatangi oleh seorang anak muda (Alif). Masa tu, Alif cakap."kenapa orang baik selalu pergi dulu".

Seriusly, Hati memang runtun time tu, sebab terfikir, Adam sanggup berkorban diri, tenaga untuk melaksanakan tugas dai'e, bawa anak2 muda kembali pada agama. Tapi aku? sejauh mana aku boleh menjadi seperti Adam?

kita jugak tak boleh bias dalam berdakwah. Dalam filem ni, seorang ustaz yang dijemput Adam tak sudi menyampaikan ceramah kepada anak-anak muda didikan Adam dengan alasan tak menutup aurat & bercampur bebas lelaki dan perempuan. Sedih betul. Rasulullah pun tak pernah pilih kasih dalam berdakwah.

memang tak rugi pun tengok cite ni. Banyak benda yang boleh dijadikan iktibar. just up to you.

Monday, May 9, 2011

am I strong enough?

the envy is just a normal feel
why must this feeling comes?
coz it be a burden to me
hmm at least,..they have someone who could share the happiness and everything..
but then..
Is it the real love to be?
I mean, is it the real person who they r not mistaken..such as 'husband to be'?
I'm not a judgementer
who can judge everythin'

the lonely, sorrow
the sadness which I own..
the feel which I drown on it..:'(
Oh God, make me strong in this moment

I'm just have Allah 
to tell everythin'
I'm depends on him..coz I know
step by step
it will fade away


the real mujahadah is just begin!
do I really could stand on this way?



Thursday, May 5, 2011

Hati itu Cawan

As salam readers,
hati ibarat cawan
kalau kita tak isi dengan something yang boleh memenuhkan cawan tu,
cawan tu akan terisi dengan pelbagai molekul-molekul halus yang kita tak nampak dengan mata kasar
sebab tu la penting untuk kita isi dengan amalan kerohanian
macam majlis ilmu,
terima kasih Dr Azizan
sebab pengisian malam ni betul-betul memenuhi hati yang kosong ni


kalau bukan kita,
siapa lagi?
kalau bukan sekarang,
bila lagi?

moga sahabat2 kat luar yang belum terbuka hati dibuka hati mereka 1 hari nanti untuk join gak
kita hanya pengajak, bukan penghukum..

Wednesday, May 4, 2011

sementara atau selamanya

As salam readers
korang pernah bertengkar dengan seseorang tak?
kawan baik ke, ibu bapa ke or adik beradik sendiri??

dulu pernah bertengkar dengan kawan baik..masa kat hostel dulu
sampai berbulan-bulan tak bertegur sapa
dek kerana gurau pun boleh terasa hati
memang teruk
tak tau kenapa rasa ego sangat even hanya nak ucap perkataan 'maaf'
kita mengharap kawan tu yang minta maaf dulu
dalam masa yang sama dia mengharap kita mulakan dulu

sedih sangat time tu
geram, sakit hati bercampur baur
sampai dah tak tahan sangat, ambik surah yasin sedekah kat kawan tu
pastu tak lama pastu dia start senyum2
tak layan dia pun
pastu dia menangis..hmm kesian juga tengok tp memang hati keras time tu
so buat do know je
at last...kitorang berbaik jugak
and jadi best fren sampai la ni
credit to mr google
perkara yang kita tak sedar ssebenarnya,
semakin meningkat usia, semakin tinggi keegoan dalam diri

prove: orang dewasa kalau bertengkar memakan masa yang lama untuk berbaik semula
sedangkan kanak-kanak mengambil masa kurang dari sehari untuk berdamai

takkan selamanya kita nak bermasam muka dengan kawan sendiri
until when? today is a reality..the past is just a memory..
let the past sins gone...:)

Friday, April 29, 2011

it's already done..tamat sudah

Alhamdulillah...habis jugak exam harini..
dalam kesusahan, ada kemudahan..
mudah-mudahan pemeriksa-pemeriksa semua murah-murah markahnya..
hmm..nk buat macamana kalau dah buat salah,
even we make mistakes, but yet..it's already done
perkara yang dah berlalu, ambik je sebagai pengajaran..
mudah-mudahan lulus cemerlang semuanya ya Allah...amin2


6 subjects with 12 credits:
diagnostic parasitology
immunohematology
introduction biostatistic
histopathology 1
clinical chemistry
hematology

sekarang tengah belajar dari kesalahan dan cuba untuk belajar redha terhadap apa yang berlaku..
the important thing is do not ever give up no matter what had happen..
hu3..

Saturday, April 23, 2011

Pertunangan Ustaz Amirul

As salam readers..
walau pun dah lama tak update blog,
tapi still nak update laju-laju.
Harini just nak share berita dengan readers
kenyataan yang pahit bagi gadis-gadis.haha
pelakon terkenal sbg Ustaz Amirul
dah bertunang hari ni dengan gadis pilihannya di Gombak.


no komen. Apepun kawan-kawan, kita doakan kebahagiaan mereka ok? :)

Tuesday, April 5, 2011

apa maksudnya bila lelaki mintak no fon

As salam readers..korang pernah ada pengalaman tak. Pernah tak ada lelaki minta no fon korang?
Contohnya, korang dah la tengah desperate nak balik u dari kampung, salah jalan pulak tu, dah la sorang-sorang, pastu ada orang kacau. Whatever the situation, be professional.
 Biasanya, lelaki tu akan cakap "boleh kita berkawan?, mintak no boleh??". Takpun, lelaki tu akan ambil cebisan kertas dan dengan bangganya tulis no handfon dia kat kertas tu. Pastu, dia bagi no tu kat korang. Konon-konon, ala-ala romeo la tu, oh noo..please..

bila perempuan tu tak layan, biasanya lelaki tu akan cakap,
"alaa, nak kawan je pun, takkan tak boleh?"

"yelah, siapalah saya ni tak layak nak kawan dengan orang macam awak"

Cuba fikir logik, mana ada, lelaki yang tang datang dari mana, asal usul tak kenal, tiba-tiba nak berkawan dengan u, tak ada alasan lain melainkan lelaki tu suka kat korang, tu je.

sebenarnya banyak lagi cara lain yang lebih educated. Some wanita tak suka layan bila lelaki yang nak berkawan dengan dia tu, guna cara ni.

 Based on situation. Betul tak?Terutamanya student u. Bagi sesetengah orang yang dah pasang niat nak cari pasangan kat sini,(ikhlas mencari untuk dijadikan pasangan) anda boleh gunakan banyak lagi cara yang better. Contohnya, cuba bersikap professional dalam kehidupan harian. Perempuan mudah tertarik pada lelaki yang matang dan jadi diri sendiri. Maksudnya, tak pura-pura macho depan gadis idaman.

So, behave yourself. Bagi golongan yang betul- betul nak jaga hati pula, mereka akan gunakan orang tengah atau seorang yang dipanggil murabbi untuk membantu. Biasanya, teknik ni lebih berkat. It's up to you.

Tapi harus diingat kaum Hawa diluar sana, jangan sesekali menyakiti hati orang yang cuba 'menackle' anda ni dengan bersikap kurang sopan. Jangan kutuk orang tu depan-depan even korang menyampah. Or korang drastik koyakkan kertas yang bertulis no fon dia depan-depan dia. Amboi, mentang-mentanglah muka dia macam pecah rumah, ko pulak perasan cantik. Nak koyakkan ke, bakar ke kertas tu, buat belakang dia. Kalau tolak cara baik, takkan jadi permusuhan.

As a conclusion, buat kaum Hawa, faham-faham la, kalau korang berada kat situasi ni, pandai-pandailah bawak diri. Kalau tak faham kenapa dia mintak no, memang lambat la. Tak perlu buat muka takut. Just be confident. Tapi kalau dia betul-betul start buat sexual harassement, ape lagi, kasi keluaq lorh seni silat tu. Rugi je dah belajar tapi tak praktik. Betul tak.

hadiah bernilai buat kami

As salam readers..
lama tak update bukan penghalang kepada berhenti untuk menulis blog.
Semua dek kerana connass n assignment yg bergunung-gunung. Alhamdulillah Allah masih bg kesempatan unt meluah satu dua idea di benak sebelum final exam.

Februari:
Sepupu tersayang, Kak Sarah bt Amran selamat tiba di tanah air setelah berhari-hari terperangkap dalam situasi yang menakutkan dalam demonstrasi rakyat menjatuhkan presiden Mubarak di Mesir. Semua memanjatkan kesyukuran padaNya.

Abang sulungku, Mohd Anas b. Mohd Daim berjaya LULUS dalam test jpj ujian memandu baru-baru ni.  Abang, adik tumpang gembira dan gembira atas kejayaanmu. Sekarang dah jadi driver half time tolong family plak ye!=) 


Mac:
Pn Siam bt Hasan, ibu tersayang berjaya dinaikkan pangkat ke digi 48. Katanya, sama taraf dgn penolong kanan. Tahniah mama...moga diperluaskan rezeki selalu. Sangat kagum dengan ketabahan mama membesarkan kami tanpa lelah dan jemu..:)




30 Mac 2011
detik paling manis buat keluarga. Hadiah buat penutup Mac 2010. Juga hadiah buat hari lahir abah. Muhammad Aiman b.Mohd Daim berjaya merangkul 10A dlm SPM 2010! Tahniah adikku, moga kamu terus cemerlang dimasa hadapan. Resut ni membolehkannya terus proceed kat Uni of Notingham, Semenyih ambik biasiswa SPC atau lebih dikenali dengan Skim Pelajar Cemerlang tajaan MARA. Sebanyak RM 214,480 MARA sposor sampai buat degree. Fuhh..Mungkin Aiman memang sebertuah makna namanya sejak dilahirkan.


4 April 2010 
tet..tet..handfon berbunyi.
1 message received.
Inbox dibuka.
"salam..adik2, alhamdulillah, akak lulus exam...:)"

saudariku, juga naqibah tersayang, kak Kamariah bt Ahmat berjaya lulus dlm final MBBS. Kini, telahpun bergelar doktor. Tahniah akak..Dulu cita-cita saya pn nk jadi doktor. Tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk saya. Moga akak terus tsabat di jalan yg penuh duri ini.

begitulah hadiah Allah kepada hamba-hambanya. Dia yang mentaqdirkan setiap sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita sbg hamba harus sentiasa mensyukuri nikmatnya.

dan harini..
5 april 2010
Abah, selamat hari lahir. Moga dirahmati Allah selalu. Sy akn berusaha bersungguh2 dalam final exam sem 4 ni untuk menghadiahkan kejayaan cemerlang kepada abah. Doakan anakmu ini selalu...


Thursday, March 17, 2011

salah konsep?TIDAK!!!

baru-baru ni ada meeting dgn sahibah.
rupa-rupanya selama ni aku tersalah konsep tawakkal..
masya Allah, ampuni diriku ya Tuhan!~

konsep tawakkal sebenarnya harus beriringan dengan usaha,
dan ia adalah setiap masa


let say; aku nak bertawakkal pada Allah sebab aku da buat yg terbaik mase jawab exam. (salah)

sepatutnya camni; aku bertawakkal pada Allah, dengan berusaha bersungguh-sungguh nak buat yang terbaik untuk exam. (betul)

selama ni berpegang ngan contoh 1st td..
semua orang kena hati-hati dalam menilai sesuatu
contoh 1st menunjukkan kita belum betul-betul berserah diri pada Allah, kita bertawakkal dengan bersandar pada usaha kita semata.

sebab tu, kita akan sangat kecewa jika x dapat apa yg dihajati...

contoh 2nd, kita bulat-bulat berserah diri padaNya.

dan tidak akan kecewa dengan apa yg dihajati..

ringkasnya, tawakkal harus pada mula-mula sebelum melakukan suatu perkara.
dan lagi, ia adalah setiap masa..
cuma kita tak nampak tawakkal tu..
kita hanya nampak time waktu susah je..

petua mencari jodoh


tengah on9, terjumpa lak video nie..
jom layan...:)



Wednesday, March 16, 2011

past,now n future~

As salam readers, nak kongsi sikit pasal malapetaka yang menimpa Jepun, sebuah negara maju baru-baru ni. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui atas setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ni:


1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.


Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Dalam surah Luqman ayat 31 juga ada menceritakan mengenai tsunami. Kajian boleh dibuat untuk mendalami maksudnya.

8. WauAllahhu Allam. 

Tuesday, March 8, 2011

cerita seorang guru

pon2...!~
bunyi kereta yang diparkir tepi hostel mematikan lamunan.
ish, termenung rupanya..
sedarlah cik adik oi, next week exam.


 tiba-tiba terasa...
bagai ada sesuatu yang hilang
suatu memori perlahan-lahan menyapa..

Januari 1997:
kring....!
loceng berbunyi
tamat sudah masa pembelajaran

"Ika, jom cikgu tumpangkan balik."

"erm..takpelah cikgu, saya dah biasa balik rumah jalan kaki sendiri. Terima kasih ye."

"takpelah apa salahnya. Lagipun rumah kita kan satu jalan."

"erm.."
...
semasa kecil
Ika selalu pulang ke rumah dengan cikgu
cikgu  membonceng basikal tua
dengan kitab
bekas kapur
kadang-kadang cikgu ajak singgah rumah
cikgu sedia air teh panas
cikgu bagi biskut

tumpuan pada anak didik cikgu yg seorang ni
sering menimbulkan cemburu anak didiknya yang lain

mungkin..
ada 'sesuatu' yang istimewa wujud dalam diri anak kecil ini..
atau cikgu dapat melihat masa hadapan anak ini
dengan mata hatinya
mengatakan..
anak ini bakal menjadi permata berharga kelak

jasa cikgu terlalu besar
cikgu ajar ilmu tauhid
cikgu ajar sirah nabi
cikgu ajar tulis baca
cikgu ajar solat,
cikgu ajar mengaji,
cikgu ajar supaya kuat menghadapi cabaran hidup

sehingga.. dia berjaya menyambung pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi

Jun 2005:

Along: Ustaz **** meninggal dunia semalam.
Angah: Yeke Along?yg ajar sekolah agama tu?
Along: ye, yang ajar kita dulu..

dan..

setelah 'kanak-kanak' itu dewasa
tiba suatu saat
 kenangan silam itu kembali menjengah
yela, kemana pergi cikgu itu?
cikgu sihatkah?
cikgu dah makan?
rindu bertapa di hati

ingin sekali bertemu dan mengucap sepatah dua
sbg penghargaan
ats jasa cikgu

sayang, kerana aku terlalu mentah masa tu
untuk menilai erti SEDIH dan PILU

dan kini..

tanpa sedar,
air mata mengalir hangat
membasahi pipi
Ya Allah, rupanya cikgu dah lama meninggal dunia
kenapa baru sekarang aku sedih?
kenapa tak pernah menghargai cikgu sebelum ni?
maafkan saya cikgu

setangkai doa & Fatihah terus dikirim

....
mungkin


setelah orang itu PERGI baru kita merasa KEHILANGANNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...