Powered By Blogger

Thursday, March 17, 2011

salah konsep?TIDAK!!!

baru-baru ni ada meeting dgn sahibah.
rupa-rupanya selama ni aku tersalah konsep tawakkal..
masya Allah, ampuni diriku ya Tuhan!~

konsep tawakkal sebenarnya harus beriringan dengan usaha,
dan ia adalah setiap masa


let say; aku nak bertawakkal pada Allah sebab aku da buat yg terbaik mase jawab exam. (salah)

sepatutnya camni; aku bertawakkal pada Allah, dengan berusaha bersungguh-sungguh nak buat yang terbaik untuk exam. (betul)

selama ni berpegang ngan contoh 1st td..
semua orang kena hati-hati dalam menilai sesuatu
contoh 1st menunjukkan kita belum betul-betul berserah diri pada Allah, kita bertawakkal dengan bersandar pada usaha kita semata.

sebab tu, kita akan sangat kecewa jika x dapat apa yg dihajati...

contoh 2nd, kita bulat-bulat berserah diri padaNya.

dan tidak akan kecewa dengan apa yg dihajati..

ringkasnya, tawakkal harus pada mula-mula sebelum melakukan suatu perkara.
dan lagi, ia adalah setiap masa..
cuma kita tak nampak tawakkal tu..
kita hanya nampak time waktu susah je..

petua mencari jodoh


tengah on9, terjumpa lak video nie..
jom layan...:)



Wednesday, March 16, 2011

past,now n future~

As salam readers, nak kongsi sikit pasal malapetaka yang menimpa Jepun, sebuah negara maju baru-baru ni. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui atas setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ni:


1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.


Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Dalam surah Luqman ayat 31 juga ada menceritakan mengenai tsunami. Kajian boleh dibuat untuk mendalami maksudnya.

8. WauAllahhu Allam. 

Tuesday, March 8, 2011

cerita seorang guru

pon2...!~
bunyi kereta yang diparkir tepi hostel mematikan lamunan.
ish, termenung rupanya..
sedarlah cik adik oi, next week exam.


 tiba-tiba terasa...
bagai ada sesuatu yang hilang
suatu memori perlahan-lahan menyapa..

Januari 1997:
kring....!
loceng berbunyi
tamat sudah masa pembelajaran

"Ika, jom cikgu tumpangkan balik."

"erm..takpelah cikgu, saya dah biasa balik rumah jalan kaki sendiri. Terima kasih ye."

"takpelah apa salahnya. Lagipun rumah kita kan satu jalan."

"erm.."
...
semasa kecil
Ika selalu pulang ke rumah dengan cikgu
cikgu  membonceng basikal tua
dengan kitab
bekas kapur
kadang-kadang cikgu ajak singgah rumah
cikgu sedia air teh panas
cikgu bagi biskut

tumpuan pada anak didik cikgu yg seorang ni
sering menimbulkan cemburu anak didiknya yang lain

mungkin..
ada 'sesuatu' yang istimewa wujud dalam diri anak kecil ini..
atau cikgu dapat melihat masa hadapan anak ini
dengan mata hatinya
mengatakan..
anak ini bakal menjadi permata berharga kelak

jasa cikgu terlalu besar
cikgu ajar ilmu tauhid
cikgu ajar sirah nabi
cikgu ajar tulis baca
cikgu ajar solat,
cikgu ajar mengaji,
cikgu ajar supaya kuat menghadapi cabaran hidup

sehingga.. dia berjaya menyambung pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi

Jun 2005:

Along: Ustaz **** meninggal dunia semalam.
Angah: Yeke Along?yg ajar sekolah agama tu?
Along: ye, yang ajar kita dulu..

dan..

setelah 'kanak-kanak' itu dewasa
tiba suatu saat
 kenangan silam itu kembali menjengah
yela, kemana pergi cikgu itu?
cikgu sihatkah?
cikgu dah makan?
rindu bertapa di hati

ingin sekali bertemu dan mengucap sepatah dua
sbg penghargaan
ats jasa cikgu

sayang, kerana aku terlalu mentah masa tu
untuk menilai erti SEDIH dan PILU

dan kini..

tanpa sedar,
air mata mengalir hangat
membasahi pipi
Ya Allah, rupanya cikgu dah lama meninggal dunia
kenapa baru sekarang aku sedih?
kenapa tak pernah menghargai cikgu sebelum ni?
maafkan saya cikgu

setangkai doa & Fatihah terus dikirim

....
mungkin


setelah orang itu PERGI baru kita merasa KEHILANGANNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...