Powered By Blogger

Wednesday, October 31, 2012

berikan masamu sedikit,nescaya akan dimudahkanNya..:)

 come on dear sisters and brothers, lets go to the program...:)



               need more information?  just click on this web.....http://kobar.haluan.org.my/2012/

mimpi yang masih samar

Kadang kala..setiap langkah kita ada hikmahnya
setiap langkah merupakan satu corak yang menentukan masa depan kita
Namun sebagai manusia, kita sentiasa berusaha untuk mencorak masa depan yang baik..
masa depan yang kita impikan..

Mimpi itu..
masih dalam kesamaran..
tak dapat jawapan lagi
tak dapat fahami lagi
apa tujuan kamu hadir ke dalam alam itu

setiap kali 
dikau hadir..
dikau hanya tersenyum
dan tak berkata apa-apa

cukuplah sampai disini
janganlah hadir ke dalam mimpiku lagi
jika kau tidak ditakdirkan untukku..
Ya Rabb..kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini
menghadapi ujian Mu..

Monday, September 17, 2012

sejauh manakah cinta kita???


kosong...

sunyi...

sepi....

dan..

apabila

terfikir mengenainya...

sedih...

bersalah...

kasihan..

sangat-sangat terharu apabila memikirkannya. Saya termenung sejenak, berfikir mengenai mereka.
Itulah ibu bapa ku. Mereka telah mencurahkan masa, tenaga, wang ringgit demi bermusafir ke Kuala Lumpur untuk menghantar dan menguruskan segala-galanya demi anak tercinta.

pengorbanan tanpa lelah


Saya terfikir, bagaimana saya harus bertahan melihat penderitaan mereka? Mereka bakal ke Kuala Lumpur lagi untuk menghantar saya kerumah sewa dan pada masa yang lain, mereka ingin mengunjungi saya bagi meraikan konvokesyen pada bulan 10 nanti, insya Allah.

Perjalanan Johor-Kuala Lumpur bukanlah satu perjalanan yang singkat dan dekat. Perjalanan ini memakan masa selama hampir 4 jam dan kos tol, minyak semua memerlukan wang ringgit yang banyak.

Usia juga menjadi cabaran. Mereka, bukanlah muda seperti dahulu. Mereka mula dimamah usia. Umur abah dah masuk 52 tahun. Umur mama pula dah masuk 51 tahun. Ini bermakna mereka sudah mula melangkah ke awal usia emas. Tidak hairanlah, mereka mudah sensitif, bersifat keanak-anakan, yang mudah letih apabila melalui perjalanan ini.


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, luaskanlah rezeki kami, berilah kami jalan mudah bagi menghadapi semua urusan, amin2 ya Rabb.



Alhamdulillah, setelah melalui satu perjalanan yang meletihkan, selesai sudah semua tugasan dan misi menghantar adik Aiman pulang ke Semenyih.

Apakah jasa yang telah kulakukan untuk membantu mereka?
Apakah saya telah menggembirakan mereka?
Apakah saya telah berkorban demi kebahagiaan mereka?

tanpa sedar, manik-manik jernih mengalir di pipi.

Hey, mengapa engkau masih duduk disitu?


Apabila berkata kepada mama, "mama abah tak usah hantar saya ke KL nanti, boleh tak?Kos sangat tinggi. Takpe, saya cuba pergi sendiri naik bas."

dengan mudah mama menjawab: "takpe, duit boleh dicari."

saya hanya terdiam. Sepi.


bila nabi dihina..sejauh manakah kita mengambil ibrah

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca. Isu bila nabi kita dihina mengingatkan diri kita, sejauh mana usaha kita untuk membela rasulullah?adakah kita harus berdiam diri tanpa melakukan sesuatu?

melayari internet pagi ini dan melayari web www.langitillahi.com dan membaca artikel sahabat kita, Hilal Asyraf membuatkan sy menjadi sebak. Beliau menulis mengenai jasa-jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW demi umat yang dicintainya. Bahkan ketika beliau hampir wafat, perkataan yang terakhir yang diucapkan beliau adalah ummati,ummati,ummati. Ternyata beliau (Rasulullah) amat mencintai kita, umatnya walaupun umatnya menghina dan mencaci baginda. 

boleh klik link dibawah

http://langitilahi.com/9887

Monday, August 20, 2012

Meniti Usia Emas: meminta simpati atau meraih kasih sayang?


Assalamualaikum dan salam lebaran. Pernahkah anda terserempak dengan seorang warga tua yang sedang melintas jalan ketika pulang dari kerja? Pernahkah anda pernah mengunjungi rumah orang-orang tua?Adakah anda pernah mengunjungi hospital yang dipenuhi dengan warga-warga emas? Pernahkah anda mengambil ibrah (pengajaran) daripada kejadian warga emas itu sendiri?

Secara biologi, tubuh manusia akan berubah pada setiap hari. Umur manusia akan bertambah dan  proses ini dinamakan penuaan. Ia bermula sejak dilahirkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), fasa pertama warga emas bermula daripada 65 tahun hingga 74 tahun. Fasa kedua pula berumur 75 hingga 84 tahun. Fasa terakhir pula berumur 85 tahun ke atas.

Allah berkias mengenai kejadian orang tua yang lemah daripada surah yasin ayat yang ke 68 yang berbunyi:

 “ dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya kami kembalikan kepada bentuk yang asal (lemah), mengapa mereka tidak memikirkan?”

Menurut ayat tersebut, Allah telah menetapkan perubahan yang berlaku kepada manusia yang mula meniti ke usia ini. Mereka akan  menjadi lebih sensitif, mudah tersinggung, kesunyian dan mahukan perhatian. Hal ini kerana perubahan hormon yang tertentu didalam tubuh mereka. Perubahan fizikal pula ialah bertambahnya kedutan di kulit, sendi tulang, otot lemah serta sendi menjadi kaku. Penglihatan, pendengaran, deria rasa dan bau semakin berkurangan.

Selain itu, terdapat perubahan fisiologi iaitu rambut beruban, gigi longgar, fungsi buah pinggang atau hati berkurangan, tulang rapuh dan mudah patah atau arthritis dan sakit pinggang berterusan, serta keupayaan seks berkurangan.

Kadang kala mereka bersifat keanak-anakan dan manja. Harus diingat  mereka dikatakan ‘buang tabiat’ kerana ingin meraih kasih sayang dan perhatian anak-anak.

Menurut pemerhatian kami, memelihara dan menjaga golongan ini lebih sukar daripada memelihara seorang anak kecil. Tambahan lagi, jika ingatan dan kemampuan akal untuk berfikir secara waras telah berkurangan, penjagaan khas diperlukan bagi memelihara dan mengurus segala keperluan mereka.

Terdapat beberapa tahap keperihatinan anak khususnya bagi golongan yang telah bekerja terhadap warga emas.
1.     Tidak mahu menjenguk dan mengambil berat kepada mereka.
2.     Hanya menelefon dan bertanya khabar.
3.     sering bertanya khabar,mendoakan, menziarahi dan memberi wang saku.
4.     Bertanya khabar, mendoakan, menziarahi dan mengurus segala kebajikan mereka (makan,minum,tempat tinggal,keselesaan).

Dimanakah kita?
Berapa ramaikah anak yang sanggup membela dan membersihkan najis mereka  sedangkan semasa kita kecil, merekalah yang menguruskan kita. Mampukah kita menyayangi mereka sepenuh hati atau sekadar melepaskan batuk ditangga?
Lawatan pada 26 Ramadhan 1433H. Gambar dari kiri: Pak Yai Kiman,Pn Siam,Nyai Saamah dan Mak Nyai Jenab.Pak Yai Kiman menghidap parkinson,Mak Nyai Saamah alzheimer dan Mak Nyai Jenab mengalami kabur penglihatan

Menurut pendapat Dr Fadzilah Kamsah, anak-anak digalakkan agar kerap pulang menziarahi orang tua kerana dikhuatiri kesibukan kita dengan pekerjaan akan menjerumuskan kita kearah kederhakan kepada mereka. Nau’zubillah. Justeru itu, ambillah peluang sementara mereka masih hidup.

Kesimpulannya, apakah tanggungjawab kita sebagai golongan Y untuk memelihara mereka sebaiknya?apakah kita harus meletakkan mereka di rumah orang tua-tua? Atau sekadar menelefon bertanya khabar? Antara tanggungjawab kita adalah mendoakan, membantu mereka seadanya, memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Kita juga akan meniti usia emas jika diberi umur yang panjang oleh Allah, insya Allah kerana antara perkara yang tidak boleh diubati ialah tua dan mati.



“Sayangilah anak-anak kerana itu masa silam kita. Kasihanilah orang tua kerana itulah masa depan kita”.....:)






Nukilan; Nor Atiqah,Uni Malaya Medical centre
dan Muhammad Aiman,Uni of Nottingham

Sunday, August 12, 2012

Kaedah Rawatan Homeopathy

adakah anda menghadapi masalah resdung?darah 

tinggi?kemurungan?sawan?lemah dalam pelajaran?

sukar mempelajari bahasa asing?senggugut?kulit 

kusam?ingin menambah kejelitaan?ingin 

melangsingkan atau menambah berat badan?ingin 

menguatkan ingatan?ingin meningkatkan kesuburan?

boleh diatasi dengan kaedah rawatan homeopathy, 

jemput singgah ke web ni..jika berminat, pm/inbox 

sy..boleh juga menghubungi saya di facebook.


http://farminabioplus.com/farminahq/

Sunday, July 29, 2012

when the terrorism towards muslim will be ended??

As salam and hello to all readers. Today, with the name of Allah, most gracious and  merciful, I begin my post. It was a long time since  last month in syaaban I din't write any idea. Sorry, because I've been busy with the driving practices and JPJ test recently. Blogging will not be my priority since my priority changed as I return home. I should do all kind of homework such as cooking,cleaning,sewing,drive and so on. Alhamdulillah, I managed to succed on the car test. So, we should always husnudhzan to Allah.(bersangka baik kepada Allah) . He will give us success in our life if we tried harder towards it,insyaAllah.


Early in the morning, I managed to do some research about our muslim brothers in Syria and Myanmar. Oh!what such a great suffering they have! millions have been killed and torture. The girls and women were raped. The terrorist do not have any sympathy, such a heart in stones.


Please world, I exclaimed to all of readers, the murderer are really,really our ENEMY.not only Islam's Enemy, but OUR ENEMY! So, please, take attention (especially for muslim's reader)
 They are (victims) our part of body, they are part of our soul, they are part of us. If we do not take care of them, the who should?


The prophet Muhammad SAW said;
"whoever do not take knowledge about their brothers, then they are not part of them"
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


I exclaimed to all non muslim, it still does'nt matter you do not care about us, but please, please do NOT label the muslim as the terrorist. Stop labelling us as the terrorist. We are not the terrorist, but we have been the victims of terrorism of the Islam's enemy. Nowadays, most of the people killed,burned,raped,jailed are muslim. We hope all of you even we are different in language, culture and state, please support us. 


Pictures from Myanmar and Syria

many were killed without sympathy


the home burned




what a pity children

children killed in Syria

Tuesday, July 24, 2012

Hati seperti cermin

hati bersifat memberontak
hati umpama cermin

adakah anda mempunyai sifat hati begini?
jika ya, tahniah kerana sifat seperti ini harus ada dalam diri seorang mukmin.
Itu tanda hati kita masih hidup.

klik link ni

http://www.youtube.com/watch?v=oaB0bZ7R2Lo&feature=player_detailpage

Friday, June 29, 2012

new spirit from a vacation..:)

as salam and hello to all readers.
dah bersawang blog ni. bukan tak berminat nak update, tapi entahlah, kekangan masa menjadikan semuanya terhenti. Tambah2 lagi dgn ketiadaan wifi kat asrama mematikan niat untuk terus berblogging.
Diam tak diam pengajian dah sampai kepenghujungnya, dengan tamatnya final exam. Alhamdulillah, to all friends, thanks for all your support. May we succeed  in this exam and life, insya Allah. segala perit lelah selama ni, moga Allah beri keberkatan dan kejayaan yang cemerlang.

Segala permintaan, mohonlah kepada Nya dengan solat dan sabar.
Perlu diingat, memohon kepada Allah membuktikan kebergantungan hamba kepadaNya, dan semakin kita mengingatiNya, semakin tenanglah jiwa kita, insyaAllah.

Moga dijauhkan dari murkaNya jika tidak berdoa kepadaNya;

"siapa yang tidak meminta kepada Allah maka Allah akan marah kepadaNya. Oleh itu, setiap kamu hendaklah meminta kepada Tuhannya dalam semua keperluannya, bahkan hingga masa tali sandal yang putus sekalipun,"(Riwayat Tirmizi)


the beauty scene from Allah makes us feel harmony
we wait for the boat here


a team :)



crystal clear water..:)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka jawablah, bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran'(surah al Baqarah:186)



 "dan diantara kekuasaanNya Dia memperlihatkan kepada kamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan aqalnya."(Surah Ar Rum:24)
beauty fishes seen during snorkelling

its beauty amaze us..

one of the beautiful island-tioman

the amazing clear water 
the only waterfall in Mukut
Kagum dengan ciptaanNya, maha suci Allah yang menjadikan gunung ganang sebagai hamparan, dan laut yang terbentang luas yang serinya tidak pernah pudar.Banyak mehnah dapat diambil daripada penciptaan laut, kapal dan segala ciptaanNya. Terusik dengan gambaran dari Al Quran hikmah penundukkan kapal-kapal di laut agar dapat belayar dalam Surah Ibrahim ayat 32.

kalau nak information lain, boleh gak klik link ni http://www.iluvislam.com/fotografi/lensa-hati/1939-ombak-laut-dan-al-quran.html

at last,
Buat semua teman seperjuangan, addina,zura,ella,intan,aniqah,yaya,opi,aten,umie,wa,paeh,zahiddi,naim,mirul, moga hati-hati kita sentiasa bertaut di jalan Allah, bertemu berpisah kerana Allah, so happy that day,:D ishtakti alaikum until today,uhibbukum fillah, especially for 'you' which is still in my pray,..:)

Sunday, January 8, 2012

penantian adalah ujian, perjalanan adalah pengalaman..
until when this waiting will over...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...