Sunday, May 29, 2011

Nur Kasih the movie

As salam readers,
today I want to share about this new movie in cinema.
dah tengok ke belum cerita ni?
bagi yg belum, anda digalakkan menonton cerita ni
cerita ni merupakan pelengkap kepada cerita Nur Kasih di televisyen.


mungkin bagi sesetengah orang cerita ni hanya sesuai untuk orang yang emo. Hakikatnya, bukan camtu. Apa yang penting yang ditekankan dalam filem ni adalah pengorbanan seseorang. Sejauh mana kita dapat berkorban untuk agama, suami or isteri and family.

Setiap pelakon dapat membawakan watak yang dimainkan dengan baik. Banyak babak yang menyayat hati.

Apa yang membuat filem ni superp?

1. Citer ni tak macam drama Melayu lain. Scene sawah padi, penggambaran di Jordan memang cantik.

2. Penggambaran di Timur tengah (Jordan).

3. Jalan cerita yang menarik. Banyak babak yang suspen n setiap babak dapat digarap dengan baik.

4. Intro yang lain dari yang lain. Teknik imbas kembali. Berlaku satu letupan dahsyat. Menambah ingin tahu dalam diri penonton.

5. Mesej dakwah sampai kepada penonton.

dan... Apa yang paling menyentuh hati saya dalam filem ni adalah tatkala Adam (Remy Ishak) terlantar sakit di hospital. Dia didatangi oleh seorang anak muda (Alif). Masa tu, Alif cakap."kenapa orang baik selalu pergi dulu".

Seriusly, Hati memang runtun time tu, sebab terfikir, Adam sanggup berkorban diri, tenaga untuk melaksanakan tugas dai'e, bawa anak2 muda kembali pada agama. Tapi aku? sejauh mana aku boleh menjadi seperti Adam?

kita jugak tak boleh bias dalam berdakwah. Dalam filem ni, seorang ustaz yang dijemput Adam tak sudi menyampaikan ceramah kepada anak-anak muda didikan Adam dengan alasan tak menutup aurat & bercampur bebas lelaki dan perempuan. Sedih betul. Rasulullah pun tak pernah pilih kasih dalam berdakwah.

memang tak rugi pun tengok cite ni. Banyak benda yang boleh dijadikan iktibar. just up to you.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nur kasih is touching story..
    but best gak ceritanya..
    byk pengajaran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...