Powered By Blogger

Friday, April 29, 2011

it's already done..tamat sudah

Alhamdulillah...habis jugak exam harini..
dalam kesusahan, ada kemudahan..
mudah-mudahan pemeriksa-pemeriksa semua murah-murah markahnya..
hmm..nk buat macamana kalau dah buat salah,
even we make mistakes, but yet..it's already done
perkara yang dah berlalu, ambik je sebagai pengajaran..
mudah-mudahan lulus cemerlang semuanya ya Allah...amin2


6 subjects with 12 credits:
diagnostic parasitology
immunohematology
introduction biostatistic
histopathology 1
clinical chemistry
hematology

sekarang tengah belajar dari kesalahan dan cuba untuk belajar redha terhadap apa yang berlaku..
the important thing is do not ever give up no matter what had happen..
hu3..

Saturday, April 23, 2011

Pertunangan Ustaz Amirul

As salam readers..
walau pun dah lama tak update blog,
tapi still nak update laju-laju.
Harini just nak share berita dengan readers
kenyataan yang pahit bagi gadis-gadis.haha
pelakon terkenal sbg Ustaz Amirul
dah bertunang hari ni dengan gadis pilihannya di Gombak.


no komen. Apepun kawan-kawan, kita doakan kebahagiaan mereka ok? :)

Tuesday, April 5, 2011

apa maksudnya bila lelaki mintak no fon

As salam readers..korang pernah ada pengalaman tak. Pernah tak ada lelaki minta no fon korang?
Contohnya, korang dah la tengah desperate nak balik u dari kampung, salah jalan pulak tu, dah la sorang-sorang, pastu ada orang kacau. Whatever the situation, be professional.
 Biasanya, lelaki tu akan cakap "boleh kita berkawan?, mintak no boleh??". Takpun, lelaki tu akan ambil cebisan kertas dan dengan bangganya tulis no handfon dia kat kertas tu. Pastu, dia bagi no tu kat korang. Konon-konon, ala-ala romeo la tu, oh noo..please..

bila perempuan tu tak layan, biasanya lelaki tu akan cakap,
"alaa, nak kawan je pun, takkan tak boleh?"

"yelah, siapalah saya ni tak layak nak kawan dengan orang macam awak"

Cuba fikir logik, mana ada, lelaki yang tang datang dari mana, asal usul tak kenal, tiba-tiba nak berkawan dengan u, tak ada alasan lain melainkan lelaki tu suka kat korang, tu je.

sebenarnya banyak lagi cara lain yang lebih educated. Some wanita tak suka layan bila lelaki yang nak berkawan dengan dia tu, guna cara ni.

 Based on situation. Betul tak?Terutamanya student u. Bagi sesetengah orang yang dah pasang niat nak cari pasangan kat sini,(ikhlas mencari untuk dijadikan pasangan) anda boleh gunakan banyak lagi cara yang better. Contohnya, cuba bersikap professional dalam kehidupan harian. Perempuan mudah tertarik pada lelaki yang matang dan jadi diri sendiri. Maksudnya, tak pura-pura macho depan gadis idaman.

So, behave yourself. Bagi golongan yang betul- betul nak jaga hati pula, mereka akan gunakan orang tengah atau seorang yang dipanggil murabbi untuk membantu. Biasanya, teknik ni lebih berkat. It's up to you.

Tapi harus diingat kaum Hawa diluar sana, jangan sesekali menyakiti hati orang yang cuba 'menackle' anda ni dengan bersikap kurang sopan. Jangan kutuk orang tu depan-depan even korang menyampah. Or korang drastik koyakkan kertas yang bertulis no fon dia depan-depan dia. Amboi, mentang-mentanglah muka dia macam pecah rumah, ko pulak perasan cantik. Nak koyakkan ke, bakar ke kertas tu, buat belakang dia. Kalau tolak cara baik, takkan jadi permusuhan.

As a conclusion, buat kaum Hawa, faham-faham la, kalau korang berada kat situasi ni, pandai-pandailah bawak diri. Kalau tak faham kenapa dia mintak no, memang lambat la. Tak perlu buat muka takut. Just be confident. Tapi kalau dia betul-betul start buat sexual harassement, ape lagi, kasi keluaq lorh seni silat tu. Rugi je dah belajar tapi tak praktik. Betul tak.

hadiah bernilai buat kami

As salam readers..
lama tak update bukan penghalang kepada berhenti untuk menulis blog.
Semua dek kerana connass n assignment yg bergunung-gunung. Alhamdulillah Allah masih bg kesempatan unt meluah satu dua idea di benak sebelum final exam.

Februari:
Sepupu tersayang, Kak Sarah bt Amran selamat tiba di tanah air setelah berhari-hari terperangkap dalam situasi yang menakutkan dalam demonstrasi rakyat menjatuhkan presiden Mubarak di Mesir. Semua memanjatkan kesyukuran padaNya.

Abang sulungku, Mohd Anas b. Mohd Daim berjaya LULUS dalam test jpj ujian memandu baru-baru ni.  Abang, adik tumpang gembira dan gembira atas kejayaanmu. Sekarang dah jadi driver half time tolong family plak ye!=) 


Mac:
Pn Siam bt Hasan, ibu tersayang berjaya dinaikkan pangkat ke digi 48. Katanya, sama taraf dgn penolong kanan. Tahniah mama...moga diperluaskan rezeki selalu. Sangat kagum dengan ketabahan mama membesarkan kami tanpa lelah dan jemu..:)




30 Mac 2011
detik paling manis buat keluarga. Hadiah buat penutup Mac 2010. Juga hadiah buat hari lahir abah. Muhammad Aiman b.Mohd Daim berjaya merangkul 10A dlm SPM 2010! Tahniah adikku, moga kamu terus cemerlang dimasa hadapan. Resut ni membolehkannya terus proceed kat Uni of Notingham, Semenyih ambik biasiswa SPC atau lebih dikenali dengan Skim Pelajar Cemerlang tajaan MARA. Sebanyak RM 214,480 MARA sposor sampai buat degree. Fuhh..Mungkin Aiman memang sebertuah makna namanya sejak dilahirkan.


4 April 2010 
tet..tet..handfon berbunyi.
1 message received.
Inbox dibuka.
"salam..adik2, alhamdulillah, akak lulus exam...:)"

saudariku, juga naqibah tersayang, kak Kamariah bt Ahmat berjaya lulus dlm final MBBS. Kini, telahpun bergelar doktor. Tahniah akak..Dulu cita-cita saya pn nk jadi doktor. Tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk saya. Moga akak terus tsabat di jalan yg penuh duri ini.

begitulah hadiah Allah kepada hamba-hambanya. Dia yang mentaqdirkan setiap sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita sbg hamba harus sentiasa mensyukuri nikmatnya.

dan harini..
5 april 2010
Abah, selamat hari lahir. Moga dirahmati Allah selalu. Sy akn berusaha bersungguh2 dalam final exam sem 4 ni untuk menghadiahkan kejayaan cemerlang kepada abah. Doakan anakmu ini selalu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...