Tuesday, April 5, 2011

hadiah bernilai buat kami

As salam readers..
lama tak update bukan penghalang kepada berhenti untuk menulis blog.
Semua dek kerana connass n assignment yg bergunung-gunung. Alhamdulillah Allah masih bg kesempatan unt meluah satu dua idea di benak sebelum final exam.

Februari:
Sepupu tersayang, Kak Sarah bt Amran selamat tiba di tanah air setelah berhari-hari terperangkap dalam situasi yang menakutkan dalam demonstrasi rakyat menjatuhkan presiden Mubarak di Mesir. Semua memanjatkan kesyukuran padaNya.

Abang sulungku, Mohd Anas b. Mohd Daim berjaya LULUS dalam test jpj ujian memandu baru-baru ni.  Abang, adik tumpang gembira dan gembira atas kejayaanmu. Sekarang dah jadi driver half time tolong family plak ye!=) 


Mac:
Pn Siam bt Hasan, ibu tersayang berjaya dinaikkan pangkat ke digi 48. Katanya, sama taraf dgn penolong kanan. Tahniah mama...moga diperluaskan rezeki selalu. Sangat kagum dengan ketabahan mama membesarkan kami tanpa lelah dan jemu..:)




30 Mac 2011
detik paling manis buat keluarga. Hadiah buat penutup Mac 2010. Juga hadiah buat hari lahir abah. Muhammad Aiman b.Mohd Daim berjaya merangkul 10A dlm SPM 2010! Tahniah adikku, moga kamu terus cemerlang dimasa hadapan. Resut ni membolehkannya terus proceed kat Uni of Notingham, Semenyih ambik biasiswa SPC atau lebih dikenali dengan Skim Pelajar Cemerlang tajaan MARA. Sebanyak RM 214,480 MARA sposor sampai buat degree. Fuhh..Mungkin Aiman memang sebertuah makna namanya sejak dilahirkan.


4 April 2010 
tet..tet..handfon berbunyi.
1 message received.
Inbox dibuka.
"salam..adik2, alhamdulillah, akak lulus exam...:)"

saudariku, juga naqibah tersayang, kak Kamariah bt Ahmat berjaya lulus dlm final MBBS. Kini, telahpun bergelar doktor. Tahniah akak..Dulu cita-cita saya pn nk jadi doktor. Tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk saya. Moga akak terus tsabat di jalan yg penuh duri ini.

begitulah hadiah Allah kepada hamba-hambanya. Dia yang mentaqdirkan setiap sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita sbg hamba harus sentiasa mensyukuri nikmatnya.

dan harini..
5 april 2010
Abah, selamat hari lahir. Moga dirahmati Allah selalu. Sy akn berusaha bersungguh2 dalam final exam sem 4 ni untuk menghadiahkan kejayaan cemerlang kepada abah. Doakan anakmu ini selalu...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...