Powered By Blogger

Tuesday, March 8, 2011

cerita seorang guru

pon2...!~
bunyi kereta yang diparkir tepi hostel mematikan lamunan.
ish, termenung rupanya..
sedarlah cik adik oi, next week exam.


 tiba-tiba terasa...
bagai ada sesuatu yang hilang
suatu memori perlahan-lahan menyapa..

Januari 1997:
kring....!
loceng berbunyi
tamat sudah masa pembelajaran

"Ika, jom cikgu tumpangkan balik."

"erm..takpelah cikgu, saya dah biasa balik rumah jalan kaki sendiri. Terima kasih ye."

"takpelah apa salahnya. Lagipun rumah kita kan satu jalan."

"erm.."
...
semasa kecil
Ika selalu pulang ke rumah dengan cikgu
cikgu  membonceng basikal tua
dengan kitab
bekas kapur
kadang-kadang cikgu ajak singgah rumah
cikgu sedia air teh panas
cikgu bagi biskut

tumpuan pada anak didik cikgu yg seorang ni
sering menimbulkan cemburu anak didiknya yang lain

mungkin..
ada 'sesuatu' yang istimewa wujud dalam diri anak kecil ini..
atau cikgu dapat melihat masa hadapan anak ini
dengan mata hatinya
mengatakan..
anak ini bakal menjadi permata berharga kelak

jasa cikgu terlalu besar
cikgu ajar ilmu tauhid
cikgu ajar sirah nabi
cikgu ajar tulis baca
cikgu ajar solat,
cikgu ajar mengaji,
cikgu ajar supaya kuat menghadapi cabaran hidup

sehingga.. dia berjaya menyambung pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi

Jun 2005:

Along: Ustaz **** meninggal dunia semalam.
Angah: Yeke Along?yg ajar sekolah agama tu?
Along: ye, yang ajar kita dulu..

dan..

setelah 'kanak-kanak' itu dewasa
tiba suatu saat
 kenangan silam itu kembali menjengah
yela, kemana pergi cikgu itu?
cikgu sihatkah?
cikgu dah makan?
rindu bertapa di hati

ingin sekali bertemu dan mengucap sepatah dua
sbg penghargaan
ats jasa cikgu

sayang, kerana aku terlalu mentah masa tu
untuk menilai erti SEDIH dan PILU

dan kini..

tanpa sedar,
air mata mengalir hangat
membasahi pipi
Ya Allah, rupanya cikgu dah lama meninggal dunia
kenapa baru sekarang aku sedih?
kenapa tak pernah menghargai cikgu sebelum ni?
maafkan saya cikgu

setangkai doa & Fatihah terus dikirim

....
mungkin


setelah orang itu PERGI baru kita merasa KEHILANGANNYA...

2 comments:

  1. sbb tu kne hargai owg sekeliling kite, sbb bila2 pn x tau bila org tu prgi tinggalkan kite..

    ReplyDelete
  2. sabda nabi SAW."org yg paling bijak adalah orang yang sering mengingati mati."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...