Monday, September 17, 2012

sejauh manakah cinta kita???


kosong...

sunyi...

sepi....

dan..

apabila

terfikir mengenainya...

sedih...

bersalah...

kasihan..

sangat-sangat terharu apabila memikirkannya. Saya termenung sejenak, berfikir mengenai mereka.
Itulah ibu bapa ku. Mereka telah mencurahkan masa, tenaga, wang ringgit demi bermusafir ke Kuala Lumpur untuk menghantar dan menguruskan segala-galanya demi anak tercinta.

pengorbanan tanpa lelah


Saya terfikir, bagaimana saya harus bertahan melihat penderitaan mereka? Mereka bakal ke Kuala Lumpur lagi untuk menghantar saya kerumah sewa dan pada masa yang lain, mereka ingin mengunjungi saya bagi meraikan konvokesyen pada bulan 10 nanti, insya Allah.

Perjalanan Johor-Kuala Lumpur bukanlah satu perjalanan yang singkat dan dekat. Perjalanan ini memakan masa selama hampir 4 jam dan kos tol, minyak semua memerlukan wang ringgit yang banyak.

Usia juga menjadi cabaran. Mereka, bukanlah muda seperti dahulu. Mereka mula dimamah usia. Umur abah dah masuk 52 tahun. Umur mama pula dah masuk 51 tahun. Ini bermakna mereka sudah mula melangkah ke awal usia emas. Tidak hairanlah, mereka mudah sensitif, bersifat keanak-anakan, yang mudah letih apabila melalui perjalanan ini.


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, luaskanlah rezeki kami, berilah kami jalan mudah bagi menghadapi semua urusan, amin2 ya Rabb.



Alhamdulillah, setelah melalui satu perjalanan yang meletihkan, selesai sudah semua tugasan dan misi menghantar adik Aiman pulang ke Semenyih.

Apakah jasa yang telah kulakukan untuk membantu mereka?
Apakah saya telah menggembirakan mereka?
Apakah saya telah berkorban demi kebahagiaan mereka?

tanpa sedar, manik-manik jernih mengalir di pipi.

Hey, mengapa engkau masih duduk disitu?


Apabila berkata kepada mama, "mama abah tak usah hantar saya ke KL nanti, boleh tak?Kos sangat tinggi. Takpe, saya cuba pergi sendiri naik bas."

dengan mudah mama menjawab: "takpe, duit boleh dicari."

saya hanya terdiam. Sepi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...