Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

hantu saBun~

wink3...(bunyi tirai panggung wayang dibukak)



  Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pd malam tu...pokok-pokok beralun mengikut rentak angin yang bertiup. Hanya desiran daun-daun pokok memecah kesunyian malam. Dingin. Sunyi. Kebanyakan pelajar aspuri blok Tun Teja dan Tun Fatimah sedang lena dibuai mimpi. Nun jauh di suatu sudut, terdapat seorang pelajar aspuri sedang  leka mendengar muzik sambil mencuci pakaian. Sendirian.


  " so what..I'm a rockstar..I got my rock moves..lalala.." Nadia senang mendengar muzik sambil berlagu kecil. Hatinya girang.


  Detik terus berlalu. Jarum jam menunjukkan pukul 2:40 pagi. Bukan sengaja Nadia mencuci pakaian lewat pada malam itu tetapi disebabkan kesibukan menyiapkan homework dan folio yang diberikan guru, Nadia tidak mempunyai masa untuk mencuci pakaian pada waktu siang. Tambah- tambah lagi dia bertambah sibuk kebelakangan ini apabila terpaksa membentangkan kertas kerja study groupnya kepada cikgu.


  "Huh, tang malam-malam buta orang syok tido aku lak sengkang mata kat sini. Nak biarkan, makin berlambak lak baju, nak hantar dobi, dah terlewat.." keluhnya sendirian.


  tiba-tiba...


  Zzzz...krrrr...krrr...zZZzzz....krrrr...krrr..krrr....walkman Nadia mengalami masalah. Lagu nyanyian Pink tidak lagi kedengaran.


  "huish, line tak clear r ni...malam2 cmni r ko wat problem. time lain ok pulak". Dia mengomel sendirian.


  Nadia lantas menanggalkan earphone di telinganya dan meletakkan di tepi suatu suduk ruang pantri tersebut. Dia lalu meneruskan cuciannya.


  Beberapa detik kemudian...
  Sesuatu menusuk hidungnya. Harum. Wangi seperti bunga kenanga. "wow, wanginya..hurm sape duk pakai perfume tengah-tengah malam bute ni..hmm mesti budak-budak dorm dok main sembur-sembur perfume malam-malam ni". Bisik hatinya sendirian.


  Selang beberapa minit kemudian...


  "uwekk...uwekk...uwekk..." bunyi tangisan bayi kedengaran. Sayup-sayup. "ah, perasaan je tu.." hati kecilnya berbisik. Dia mengabaikannya.


  Tetapi lama kelamaan, semakin dia mengabaikannya, semakin kuat bunyi tangisan itu. Seolah- olah ada 'sesuatu' berhampiran dengannya."hish anak sape duk menangis ni..takkan kat hostel ni ade orang buang anak lak". Dia berbisik sendirian. Perkara ini mengingatkannya dengan cerita kakak senior tempoh hari.


  "korang tau tak, kat blok Tun Fatimah dulu, kononnya ada kakak batch atas kitorang buang bayi kat tepi tong sampah...dekat-dekat ngan area tandas. Sejak peristiwa tu la dorm Asma' selalu kena ganggu. Kadang-kadang tengah-tengah malam terdengar suara bayi menangis malam-malam, nampak bungkusan berdarah, dan macam-macam lgi. Sebab tu la kitorang tak kasi korang basuh baju malam-malam...lau korang tak caye, try r buat,hihihi.." cerita Kak Azwa, senior form 4 tempoh hari pada minggu orentasi pelajar-pelajar baru.


  Pesanan itu terngiang-ngiang di kepala Nadia. Baru dia tersedar yang dia telah terlupa pantang larang di asrama. Tambahan lagi dia merupakan pelajar junior yang tidak tahu menahu mengenai hal ini. Pelajar- pelajar puteri memang tidak digalakkan mencuci pakaian pada lewat malam.


 "alamak, cmne aku leh trlupa pesan kak Azwa nie,..ciput tul." Sesalan menempa hatinya kerana mengabaikan pesanan itu.


  Malam semakin sepi. Desiran angin di luar semakin kencang. Bulu roma Nadia meremang. Seram sejuk dibuatnya. Hatinya mulai cemas. Dia lantas mempercepatkan pergerakannya membilas pakaian.


  Tiba- tiba...dia terasa sesuatu. Ya, ada sesuatu sedang mendekatinya....


  "alamak, cmne ni..ya Allah, selamatkan aku dari malapetaka. Doanya dalam hati. "aku ni dah susah baru nak ingat Tuhan". Bisik hatinya. Mulutnya terkumat kamit membaca potongan ayat-ayat suci Al Quran. Habis tunggang langgang dibuatnya kerana terlalu takut.


  Hatinya meronta-ronta untuk menoleh kebelakang. Dia menoleh. Bagai hendak tercabut jantungnya apabila terlihat seorang bayi yang memakai lampin sedang merangkak perlahan-lahan menghampirinya. Semakin mendekatinya...Wajah dan tubuhnya badannya berlumuran dengan darah. Bau hanyir darah dan bangkai menusuk hidungnya. Dari mana datangnya bayi itu menjadi misteri..


  ARRRRGGGHHHH!!!!!!!!PERGI KAU!!! Nadia menjerit sekuat hati. Secara spontan, dia mengambil sabun pencucinya dan mencampakkan ke arah bayi itu sekuat hatinya.


  dan.....






  Tanpa disangka- sangka, bayi itu berkata:
  
  "TAK PEDIHKAN MATA".
  


   Nadia lalu trkejut dan pengsan disitu....






XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


abes da..jgn mare kengkawan....xdek kaitan y idop n mati...ngeh2...(^^)




                                                                                                                     -mekawaigimmick-













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...