Assalamualaikum dan salam lebaran.
Pernahkah anda terserempak dengan seorang warga tua yang sedang melintas jalan
ketika pulang dari kerja? Pernahkah anda pernah mengunjungi rumah orang-orang tua?Adakah
anda pernah mengunjungi hospital yang dipenuhi dengan warga-warga emas?
Pernahkah anda mengambil ibrah (pengajaran) daripada kejadian warga emas itu
sendiri?
Secara biologi, tubuh manusia akan
berubah pada setiap hari. Umur manusia akan bertambah dan proses ini dinamakan penuaan. Ia bermula
sejak dilahirkan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), fasa pertama warga emas bermula daripada 65 tahun hingga 74 tahun. Fasa
kedua pula berumur 75 hingga 84 tahun. Fasa terakhir pula berumur 85 tahun ke
atas.
Allah berkias mengenai kejadian orang
tua yang lemah daripada surah yasin ayat yang ke 68 yang berbunyi:
“ dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya
kami kembalikan kepada bentuk yang asal (lemah), mengapa mereka tidak
memikirkan?”
Menurut ayat tersebut, Allah telah
menetapkan perubahan yang berlaku kepada manusia yang mula meniti ke usia ini.
Mereka akan menjadi lebih sensitif,
mudah tersinggung, kesunyian dan mahukan perhatian. Hal ini kerana perubahan
hormon yang tertentu didalam tubuh mereka. Perubahan fizikal pula ialah
bertambahnya kedutan di kulit, sendi tulang, otot lemah serta sendi menjadi
kaku. Penglihatan, pendengaran, deria rasa dan bau semakin berkurangan.
Selain itu, terdapat perubahan
fisiologi iaitu rambut beruban, gigi longgar, fungsi buah pinggang atau hati
berkurangan, tulang rapuh dan mudah patah atau arthritis dan sakit pinggang
berterusan, serta keupayaan seks berkurangan.
Kadang kala mereka bersifat
keanak-anakan dan manja. Harus diingat
mereka dikatakan ‘buang tabiat’ kerana ingin meraih kasih sayang dan
perhatian anak-anak.
Menurut pemerhatian kami, memelihara
dan menjaga golongan ini lebih sukar daripada memelihara seorang anak kecil.
Tambahan lagi, jika ingatan dan kemampuan akal untuk berfikir secara waras telah
berkurangan, penjagaan khas diperlukan bagi memelihara dan mengurus segala
keperluan mereka.
Terdapat beberapa tahap keperihatinan
anak khususnya bagi golongan yang telah bekerja terhadap warga emas.
1. Tidak mahu menjenguk dan mengambil
berat kepada mereka.
2. Hanya menelefon dan bertanya khabar.
3. sering bertanya khabar,mendoakan, menziarahi
dan memberi wang saku.
4. Bertanya khabar, mendoakan, menziarahi
dan mengurus segala kebajikan mereka (makan,minum,tempat tinggal,keselesaan).
Dimanakah
kita?
Berapa ramaikah anak yang sanggup
membela dan membersihkan najis mereka
sedangkan semasa kita kecil, merekalah yang menguruskan kita. Mampukah
kita menyayangi mereka sepenuh hati atau sekadar melepaskan batuk ditangga?

Lawatan pada 26 Ramadhan 1433H. Gambar dari kiri: Pak
Yai Kiman,Pn Siam,Nyai Saamah dan Mak Nyai Jenab.Pak Yai Kiman menghidap
parkinson,Mak Nyai Saamah alzheimer dan Mak Nyai Jenab mengalami kabur
penglihatan
Menurut pendapat Dr Fadzilah Kamsah,
anak-anak digalakkan agar kerap pulang menziarahi orang tua kerana dikhuatiri
kesibukan kita dengan pekerjaan akan menjerumuskan kita kearah kederhakan
kepada mereka. Nau’zubillah. Justeru itu, ambillah peluang sementara mereka
masih hidup.
Kesimpulannya, apakah tanggungjawab
kita sebagai golongan Y untuk memelihara mereka sebaiknya?apakah kita harus
meletakkan mereka di rumah orang tua-tua? Atau sekadar menelefon bertanya
khabar? Antara tanggungjawab kita adalah mendoakan, membantu mereka seadanya,
memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Kita juga akan meniti usia
emas jika diberi umur yang panjang oleh Allah, insya Allah kerana antara
perkara yang tidak boleh diubati ialah tua dan mati.
“Sayangilah anak-anak
kerana itu masa silam kita. Kasihanilah orang tua kerana itulah masa depan
kita”.....:)
Nukilan; Nor Atiqah,Uni Malaya Medical centre
dan Muhammad Aiman,Uni of Nottingham
No comments:
Post a Comment