salam.lama da x update..bersawang dh blog ni..disebabkan kesibukan harian, menjadikan x sempat dn malas nak update apa-apa lagi
apapun thanks Allah for giving me life again....23 May 2013...:)
...once upon a time...
fullfill yr life with the light and wisdom.. "perjuangan seorang mukmin itu hanya tamat setelah sampai di gerbang pintu syurga.."-imam Hassan Al Banna-
Friday, May 24, 2013
Wednesday, October 31, 2012
berikan masamu sedikit,nescaya akan dimudahkanNya..:)
come on dear sisters and brothers, lets go to the program...:)
need more information? just click on this web.....http://kobar.haluan.org.my/2012/
mimpi yang masih samar
Kadang kala..setiap langkah kita ada hikmahnya
setiap langkah merupakan satu corak yang menentukan masa depan kita
Namun sebagai manusia, kita sentiasa berusaha untuk mencorak masa depan yang baik..
masa depan yang kita impikan..
Mimpi itu..
masih dalam kesamaran..
tak dapat jawapan lagi
tak dapat fahami lagi
apa tujuan kamu hadir ke dalam alam itu
setiap kali
dikau hadir..
dikau hanya tersenyum
dan tak berkata apa-apa
cukuplah sampai disini
janganlah hadir ke dalam mimpiku lagi
jika kau tidak ditakdirkan untukku..
Ya Rabb..kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini
menghadapi ujian Mu..
Monday, September 17, 2012
sejauh manakah cinta kita???
kosong...
sunyi...
sepi....
dan..
apabila
terfikir mengenainya...
sedih...
bersalah...
kasihan..
sangat-sangat terharu apabila memikirkannya. Saya termenung sejenak, berfikir mengenai mereka.
Itulah ibu bapa ku. Mereka telah mencurahkan masa, tenaga, wang ringgit demi bermusafir ke Kuala Lumpur untuk menghantar dan menguruskan segala-galanya demi anak tercinta.
pengorbanan tanpa lelah |
Saya terfikir, bagaimana saya harus bertahan melihat penderitaan mereka? Mereka bakal ke Kuala Lumpur lagi untuk menghantar saya kerumah sewa dan pada masa yang lain, mereka ingin mengunjungi saya bagi meraikan konvokesyen pada bulan 10 nanti, insya Allah.
Perjalanan Johor-Kuala Lumpur bukanlah satu perjalanan yang singkat dan dekat. Perjalanan ini memakan masa selama hampir 4 jam dan kos tol, minyak semua memerlukan wang ringgit yang banyak.
Usia juga menjadi cabaran. Mereka, bukanlah muda seperti dahulu. Mereka mula dimamah usia. Umur abah dah masuk 52 tahun. Umur mama pula dah masuk 51 tahun. Ini bermakna mereka sudah mula melangkah ke awal usia emas. Tidak hairanlah, mereka mudah sensitif, bersifat keanak-anakan, yang mudah letih apabila melalui perjalanan ini.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, luaskanlah rezeki kami, berilah kami jalan mudah bagi menghadapi semua urusan, amin2 ya Rabb.
Alhamdulillah, setelah melalui satu perjalanan yang meletihkan, selesai sudah semua tugasan dan misi menghantar adik Aiman pulang ke Semenyih.
Apakah jasa yang telah kulakukan untuk membantu mereka?
Apakah saya telah menggembirakan mereka?
Apakah saya telah berkorban demi kebahagiaan mereka?
tanpa sedar, manik-manik jernih mengalir di pipi.
Hey, mengapa engkau masih duduk disitu?
Apabila berkata kepada mama, "mama abah tak usah hantar saya ke KL nanti, boleh tak?Kos sangat tinggi. Takpe, saya cuba pergi sendiri naik bas."
dengan mudah mama menjawab: "takpe, duit boleh dicari."
saya hanya terdiam. Sepi.
bila nabi dihina..sejauh manakah kita mengambil ibrah
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca. Isu bila nabi kita dihina mengingatkan diri kita, sejauh mana usaha kita untuk membela rasulullah?adakah kita harus berdiam diri tanpa melakukan sesuatu?
melayari internet pagi ini dan melayari web www.langitillahi.com dan membaca artikel sahabat kita, Hilal Asyraf membuatkan sy menjadi sebak. Beliau menulis mengenai jasa-jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW demi umat yang dicintainya. Bahkan ketika beliau hampir wafat, perkataan yang terakhir yang diucapkan beliau adalah ummati,ummati,ummati. Ternyata beliau (Rasulullah) amat mencintai kita, umatnya walaupun umatnya menghina dan mencaci baginda.
boleh klik link dibawah
http://langitilahi.com/9887
melayari internet pagi ini dan melayari web www.langitillahi.com dan membaca artikel sahabat kita, Hilal Asyraf membuatkan sy menjadi sebak. Beliau menulis mengenai jasa-jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW demi umat yang dicintainya. Bahkan ketika beliau hampir wafat, perkataan yang terakhir yang diucapkan beliau adalah ummati,ummati,ummati. Ternyata beliau (Rasulullah) amat mencintai kita, umatnya walaupun umatnya menghina dan mencaci baginda.
boleh klik link dibawah
http://langitilahi.com/9887
Monday, August 20, 2012
Meniti Usia Emas: meminta simpati atau meraih kasih sayang?
Assalamualaikum dan salam lebaran.
Pernahkah anda terserempak dengan seorang warga tua yang sedang melintas jalan
ketika pulang dari kerja? Pernahkah anda pernah mengunjungi rumah orang-orang tua?Adakah
anda pernah mengunjungi hospital yang dipenuhi dengan warga-warga emas?
Pernahkah anda mengambil ibrah (pengajaran) daripada kejadian warga emas itu
sendiri?
Secara biologi, tubuh manusia akan
berubah pada setiap hari. Umur manusia akan bertambah dan proses ini dinamakan penuaan. Ia bermula
sejak dilahirkan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), fasa pertama warga emas bermula daripada 65 tahun hingga 74 tahun. Fasa
kedua pula berumur 75 hingga 84 tahun. Fasa terakhir pula berumur 85 tahun ke
atas.
Allah berkias mengenai kejadian orang
tua yang lemah daripada surah yasin ayat yang ke 68 yang berbunyi:
“ dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya
kami kembalikan kepada bentuk yang asal (lemah), mengapa mereka tidak
memikirkan?”
Menurut ayat tersebut, Allah telah
menetapkan perubahan yang berlaku kepada manusia yang mula meniti ke usia ini.
Mereka akan menjadi lebih sensitif,
mudah tersinggung, kesunyian dan mahukan perhatian. Hal ini kerana perubahan
hormon yang tertentu didalam tubuh mereka. Perubahan fizikal pula ialah
bertambahnya kedutan di kulit, sendi tulang, otot lemah serta sendi menjadi
kaku. Penglihatan, pendengaran, deria rasa dan bau semakin berkurangan.
Selain itu, terdapat perubahan
fisiologi iaitu rambut beruban, gigi longgar, fungsi buah pinggang atau hati
berkurangan, tulang rapuh dan mudah patah atau arthritis dan sakit pinggang
berterusan, serta keupayaan seks berkurangan.
Kadang kala mereka bersifat
keanak-anakan dan manja. Harus diingat
mereka dikatakan ‘buang tabiat’ kerana ingin meraih kasih sayang dan
perhatian anak-anak.
Menurut pemerhatian kami, memelihara
dan menjaga golongan ini lebih sukar daripada memelihara seorang anak kecil.
Tambahan lagi, jika ingatan dan kemampuan akal untuk berfikir secara waras telah
berkurangan, penjagaan khas diperlukan bagi memelihara dan mengurus segala
keperluan mereka.
Terdapat beberapa tahap keperihatinan
anak khususnya bagi golongan yang telah bekerja terhadap warga emas.
1. Tidak mahu menjenguk dan mengambil
berat kepada mereka.
2. Hanya menelefon dan bertanya khabar.
3. sering bertanya khabar,mendoakan, menziarahi
dan memberi wang saku.
4. Bertanya khabar, mendoakan, menziarahi
dan mengurus segala kebajikan mereka (makan,minum,tempat tinggal,keselesaan).
Dimanakah
kita?
Berapa ramaikah anak yang sanggup
membela dan membersihkan najis mereka
sedangkan semasa kita kecil, merekalah yang menguruskan kita. Mampukah
kita menyayangi mereka sepenuh hati atau sekadar melepaskan batuk ditangga?
Lawatan pada 26 Ramadhan 1433H. Gambar dari kiri: Pak
Yai Kiman,Pn Siam,Nyai Saamah dan Mak Nyai Jenab.Pak Yai Kiman menghidap
parkinson,Mak Nyai Saamah alzheimer dan Mak Nyai Jenab mengalami kabur
penglihatan
Menurut pendapat Dr Fadzilah Kamsah,
anak-anak digalakkan agar kerap pulang menziarahi orang tua kerana dikhuatiri
kesibukan kita dengan pekerjaan akan menjerumuskan kita kearah kederhakan
kepada mereka. Nau’zubillah. Justeru itu, ambillah peluang sementara mereka
masih hidup.
Kesimpulannya, apakah tanggungjawab
kita sebagai golongan Y untuk memelihara mereka sebaiknya?apakah kita harus
meletakkan mereka di rumah orang tua-tua? Atau sekadar menelefon bertanya
khabar? Antara tanggungjawab kita adalah mendoakan, membantu mereka seadanya,
memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Kita juga akan meniti usia
emas jika diberi umur yang panjang oleh Allah, insya Allah kerana antara
perkara yang tidak boleh diubati ialah tua dan mati.
“Sayangilah anak-anak
kerana itu masa silam kita. Kasihanilah orang tua kerana itulah masa depan
kita”.....:)
Nukilan; Nor Atiqah,Uni Malaya Medical centre
dan Muhammad Aiman,Uni of Nottingham
Sunday, August 12, 2012
Kaedah Rawatan Homeopathy
adakah anda menghadapi masalah resdung?darah
tinggi?kemurungan?sawan?lemah dalam pelajaran?
sukar mempelajari bahasa asing?senggugut?kulit
kusam?ingin menambah kejelitaan?ingin
melangsingkan atau menambah berat badan?ingin
menguatkan ingatan?ingin meningkatkan kesuburan?
boleh diatasi dengan kaedah rawatan homeopathy,
jemput singgah ke web ni..jika berminat, pm/inbox
sy..boleh juga menghubungi saya di facebook.
http://farminabioplus.com/farminahq/
tinggi?kemurungan?sawan?lemah dalam pelajaran?
sukar mempelajari bahasa asing?senggugut?kulit
kusam?ingin menambah kejelitaan?ingin
melangsingkan atau menambah berat badan?ingin
menguatkan ingatan?ingin meningkatkan kesuburan?
boleh diatasi dengan kaedah rawatan homeopathy,
jemput singgah ke web ni..jika berminat, pm/inbox
sy..boleh juga menghubungi saya di facebook.
http://farminabioplus.com/farminahq/
Subscribe to:
Posts (Atom)